Saturday, October 2, 2010

maaf lah ye .

maaf lah kepada sume kawan² ku . sebarang panggilan atau sms di talian berdaftar atas nama saya tidak akan di layan buat sementara waktu kerana mempunyai masalah peribadi . harap maklum . terima kasih :)

p/s: ada mcm artis x ?

kau selalu mengganggu .

argghh ! aku col org tu je msti waiting . haaa . dah² la bergayut . kesian kt org lain jgak . dia pakai phone bkn untuk ko sorg je .. aku ada bnyak benda penting lagi nk settle . tbe² ta angkat phone . haishh ! wtf btol lah .

pastu , pagi ni byak gila org col aku . haa .. mengganggu tdur aku sahaja . memang aku tak angkat la sape² yang col aku ye . aku rasa mcm nk cmpak je hp ni ke laut . hp bwak byak msalah kt aku . haaa . buat mcm temok baru tau . patah kan sim card . ha ha ha . i like :)

got tired enough .

tbe² terfikir kan something yang tak perlu saya fikir dah . saya dah janji ngn ADM tanak cte benda ni lg . benda ni buat saya sedih .sorry ADM , i tak sengaja fikirkan benda . tbe² dia mnyerang otak i . i takot i salah langkah . ADM i need ur guardian now ! tp u tade ngn i skrg . ADM , i tade credit nk shared this with you . hope u will read this entry and pls col me . i'm really need u :(

just like puzzle .

just few minute ago , saya terbaca blog seorg kawan baik saya . ha ha . kamu mengeluh lagi pasal pasangan kamu ye :) sabar lah sayang . hidup bukan terlalu indah untuk kita kecapi semua yang gembira dan tak perlu terima segala dugaan . hidup bukan terlalu mudah tanpa sebarang masalah . nama lagi kehidupan . klau tade sume dugaan ini . hidup kita sekarang bukan nama'y kehidupan kn syg ??

bagi kamu , pasangan kamu yang buat kamu menangis . bila kamu menangis . kamu pikir lah apa yang dia buat kamu ketawa . pasti air mata kamu akan bertukar menjadi senyuman . salah pasangan kamu kerana selalu sgt buat kamu menangis.

bagi kamu , pasangan kamu tak buat kamu gembira ?? tp kamu fikir lah . sepanjang hubungan kamu dengan dia adakah langsung dia tak buat kamu gembira syg ? salah pasangan kamu kerana selalu sangat buat mood kamu berubah jadi tak ok . saya nampak semua tu

bagi kamu , pasangan kamu selalu menyakitkan hati kamu . tp kamu fikir lah saat dia manja kan kamu . belai rambut kamu , pegang tangan kamu . event dia ketok kepala kamu pn tp dia ketok dengan perasaan syg kn ? pernah ke dia tampar kamu bila dia marah ? salah pasangan kamu sbb dia selalu menyakitkan hati kamu kn ?

bagi kamu , pasangan kamu tak jujur dengan kamu . tp kamu fikir lah . adakah baik sgt seorg manusia itu untuk jujur sepenuh'y ? tak kan . kita pernah tipu sape² pn even benda paling kecik kan . slah pasangan kamu adalah sebab dia selalu sgat tipu kamu kn ?

bagi kamu , pasangan kamu tak dengar ckap kamu . apa yang kamu kata tidak ! dia tetap buat . tp kamu pkir lah kita pn mcm tu jugak syg . ha ha ha . semakin di larang , semakin kita buat kn ? i liiikeeee :)

sape pn pasangan kita . mcm ne pn perangai mereka . terima lah sepenuh hati . setiap manusia tidak sempurna kecuali dia adalah nabi muhammad SAW . bagi saya . lelaki dan perempuan adalah seperti puzzle dimana mereka memerlukan satu sama lain untuk menyelesaikan susunan puzzle tersebut supaya sempurna dan cantik di mata manusia dan boleh dijadikan hiasan .

seperti itu juga lelaki . mereka memerlukan perempuan untuk melengkapi hidup mereka . mereka banyak kekurangan dan kita perempuan juga begitu . kita pasangan hidup untuk saling melengakapi . jika kekurangan kamu adalah kelebihan dia dan kelebihan kamu adalah kekurangan'y . tak ke apabila korg bercantum korg akan jadi SEMPURNA ?? kan . kan . kan . manusia dicipta lelaki dan perempuan adalah kerana itu .

syg , saya selalu jumpa lelaki dan perempuan yg berlainan perangai . kalau perangai dorg sama . bosan lah kehidupan dorg nnti . jarang kita jumpa api sama api . air sama air . klau api sama api . maka terbakarlah diri . klau air sama air maka lemaslah kita . tp klau air dan api yg bersama . api akan panaskan air apabila kita nk minum air milo panas . air akan padam api klau api bakar rumah kita. (arggh ! ayat terbelit tp faham lah sendiri)

syg, mereka tak sedar kehadiran kita selama ini yang sentiasa disisi dia . tp kita jgan pernah mengeluh atau menyesal kerana kita buat selama ini ikhlas kn ? saya paham apa yang kamu rasa syg kerana saya juga mengalaminya . bertahan selagi mampu .

bagi saya kamu adalah pelengkap hidup dia dan bukannya org lain . dia tak akan sempurna tanpa kamu . dia milik kamu :)

Friday, October 1, 2010

cinta yang belum sempurna (episod 1)


Sudah bosan melayan kepetahan suara farah fauzan di radio, amisyar  melihat senarai no phone dlm handphne . “oh ! best klau dapat msg sape2 ni .” msg mat lah . sejak bebrapa minggu ni mat yang selalu menemani hidup amisyar. Mat yang di kenali semasa perkemahan peringkat negeri beberapa bulan lalu. Mat yang diberi gelaran oleh amisyar sebenar’y bernama firdaus . nama mat diambil sempena nama sekolah mat sendiri iaitu sekolah Muhammad petra ke 4 .
“hye mat ! rindu ko lah.” Msg dihantar . dalam 5 minit kemudian handphone amisyar berbunyi .
“gemok , ko rindu aku ? mimpi ke apa ?” mat memanggil amisyar gemok kerana amisyar merupakan seorg gadis remaja yang sangat berisi tubuh’y . amisyar juga mempunyai perwatakan yang kasar dan dia merupakan seorang yang periang dan petah bercakap .
“ misyar !! tolong mak kejap.” Panggil ibu’y yang berada di tingkat bawah rumah mereka . amisyar yang kelam kabut dan menekan butang sent tanpa melihat nama si penerima. Turun membantu ibu’y . apabila selesai membantu ibunya amisyar terus mencapai handphone untuk teruskan conference bersama mat . mereka rancak berborak tentang Adni yang merupakan kekasih kepada mat dan juga merupakan kenalan amisyar semasa di perkemahan tersebut.
“alaaah , si mat ni tak reply lagi ke ?” amisyar hampa dan menyemak senarai msg keluar . rupanya amisyar tersalah hantar msg kepada org lain .
Amisyar tersalah sent msg kt one list name marx . susunan nama marx di atas nama mat . sebab rushing tersent kt marx dua kali .
 “ maria ckap marx da ta pakai this number. So tak kesah la. Lagipun marx sekarang belajar kt india, mustahil dia pakai nombor ni Ig. Selamat..” keluh amisyar
 seketika pemikiran amisyar terfikirkan marx. Marx merupakan abg kepada kawan baik amisyar di sekolah iaitu maria insyirah. marx blajar di STAR. Marx merupakan seorg lelaki hensem dan bijak pandai . maria meminta amisyar menggaggu abg’y sendiri semasa mereka di tingkatan 3 kerana marx dikatakan seorg lelaki yang play boy. Pada ketika itu marx merupakan pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah berasrama penuh di ipoh iaitu sekolah tengku abdul rahman (STAR). Tak mustahil dia begitu kerana dia mempunyai asset yang berharga iaitu rupa paras yang kacak seperti adiknya juga maria insyirah kerana mereka mempunyai kacukan belanda di sebelah ayah mereka .
semasa  amisyar dan maria di tingkatan 3 . amisyar miscall number mark beberapa kali. Then apabila marx call semula amisyar tetapi amisyar tidak menjawab panggilan tersebut . pada suatu hari marx menghubungi amisyar menggunakan public phone dan marx memarahi dan memaki hamun kepada amisyar . since that day amisyar tidak lagi berani ke rumah maria pada cuti sekolah kerana marx akan pulang ke rumah . amisyar sangat takutkan marx walaupun marx tidak tahu pemilik nombor itu adalah amisyar dan amisyar juga telah menukar nombor telefon kerana takut akan terkantoi dengan marx.
Tiba- tiba handphone amisyar berbunyi . nama marx terpampang di skrin telefon . amisyar membeku kerana terkejut melihat nama yang menghubunginya. “ maria cakap marx da tak pakai nombor ni lg, ni sape yang call.”
Amisyar memberanikan diri mengangkat panggilan itu . “maaf , saya salah nombor.bye” Terang amisyar tanpa sempat pemanggil itu berkata pape.
“oh , tidak mengapa.bye.” talian terus diputuskan . amisyar pantas menekan butang merah.  Amisyar kehairanan dan hati amisyar berdebar pantas . “ marx da balik ke?”
Amisyar menggambil keputusan untuk menghantar msg kepada pemanggil tersebut .
“maaf . saya nak sent msg kt kawan saya. Tp tersent pada kamu.” Amisyar memandang lama msg tersebut sebelum menghantar’y . punat hijau ditekan dan msg delivered .
Amisyar menunggu blasan msg tersebut . berapa minit kemudian handphne amisyar berbunyi . amisyar menekan punat buka . “ it’s ok . tp kamu salah msg or mmg sengaja msg ? nak ngorat cakap je.” Bederau darah  amisyar membaca msg tersebut .
“maaf ! awak perasan . saya mmg salah sent msg k.” amisyar melayan sahaja msg tersebut .
“ok . tak kisah lah ,bg saya kamu mmg nak ngorat saya. nama saya Adam. Kamu ?”
Adam ?? amisyar kehairanan . “ kamu Adam ? sejak bila pakai number ni ?”  amisyar bertanya mengorek rahsia kerana sebelum ini dia mnyangka nombor ini milik marx.
“yela. Mak saya kasi nama mohd Adam Faish hamzan sejak lahir lg. takan nama saya abu plak? Saya pakai number ni since awal beli masa form 2 lah. Kenapa Tanya? Dan mana awak dapat nombor telefon saya”
Menggigil amisyar ketika itu . otak amisyar ligat berfikir . selama ini lelaki yang di sangka marx adalah seorg lelaki yang berlainan dan langsung tidak dikenali .
“ tade , saya ingat ni nombor abg kawan saya , nama dia marx . nombor ni da lama dalam simpanan saya . sejak form 3 lagi . saya hairan kenapa kamu kata kamu adam.”
“oh! Nama gelaran saya max bukan mark .  Tapi saya mmg pakai nombor ni da lama. So, selama ni nombor saya bukan nombor marx k . tp tak kisah lah. nama kamu apa ?” Tanya adam lagi .
“wan amisyar fariha latiff.”
“ oh ! nice name .”
Semejak dari hari itu . amisyar dan adam menjadi kawan di hujung jari dimana mereka berhubung melalui telefon dan myspace. Mereka kerap berhubung sehingga mereka boleh bercerita tentang masalah antara satu sama lain .
Selepas 2 bulan perkenalan mereka. Adam suka menghilangkan diri dan mucul kembali pada bila² masa yang dia suka . kadang² hati amisyar merasa resah apabila adam tidak muncul dalam hidupnya .
Suatu malam apabila amisyar sedang nyenyak tidur . telefon amisyar berbunyi . panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Amisyar menjawab panggilan dalam mamai .
“hello, cari siapa ?” Tanya amisyar .
“cari amisyar lah . “ jawab pemanggil tersebut .
“siapa ni ? tak dengar lah . kenapa suara jauh .” amisyar cuba dengar suara yang tidak seberapa jelas di hujung talian .
“ni adam. Amisyar shat ?” jawab pemanggil itu lagi .
Amisyar terdiam . “adam.” Hati amisyar berkata . mulut amisyar terdiam seribu bahasa .
“amisyar?” panggil adam di hujung talian sebelum panggilan itu terputus sendiri .
Tuuuuutttttt….. pandang amisyar pada telefon yang di pengang’y. Adam call . tp kenapa ? Tanya hati amisyar .
Selang lima minit kemudian telefon amisyar berbunyi lagi . satu msg diterima . amisyar menekan punat telefon’y .
“ saje call . tbe² teringat amisyar.” Amisyar tesenyum memandang msg dari adam.kemudian mereka ber-sms sampai ke pagi .
Semakin lama hubungan mereka semakin rapat . hampir setiap hari mereka berhubung antara satu sama lain . kalau bukan panggilan dari adam setiap malam yang menemani amisyar mesti adam akan msg amisyar dan sebaliknya sama ada amisyar akan call atau msg adam .
Selepas 8 bulan mereka berkenalan melalui telefon . keluarga amisyar berpindah ke shah alam atas pertukaran tempat kerja ayah nya. Adam dan amisyar merupakan orang yang paling gembira mendengar berita ini. Adam yang juga berasal dari kuala lumpur dan mereka tidak sabar untuk berjumpa antara satu sama lain.
Selepas seminggu keluarga amisyar berpindah ke shah alam . adam dan amisyar mebuat keputusan untuk berjumpa satu sama lain . disebabkan amisyar masih lagi baru di shah alam . adam mengambil keputusan untuk datang ke shah alam. Mereka berjanji untuk berjumpa di plaza shah lam yang hanya terletak berdekatan rumah amisyar. 10 minit berjalan kaki dari rumah amisyar . amisyar dengan berdebar menunggu kedatangan adam.
Adam sudah berpesan pada amisyar pada malam sebelum mereka berjumpa supaya amisyar mengejutkan adam dari tidur.  Tepat pkul 12 adam bangun dan bersiap .
ibu adam memandang hairan anaknya yang bangun awal. Adam seorang kaki tidur yang takan bangun selagi hari tak malam. “Kamu nk kemana adam?” tnya ibunya
“jumpa menantu ibu kt shah alam lah.” Kata adam tersenyum lebar sambil menyarung kasut. Ibu adam yang mengetahui tentang hubungan adam dan amisyar tersenyum panjang.
“menantu ? korang da jadi pape ke ?”Tanya ibu adam lagi .
“bakal la ibu . tunggu masa je k .” kata adam sambil bersalam dengan ibunya .
“hati² ye adam faish.” Pesan ibunya . adam menganguk sambil berlalu pergi . hati adam berdegup laju.

Tepat 2.30 tibe² telefon amisyar berbnyi . satu msg diterima. “saya da sampai shah alam. Sekarang on the way ke plaza shah alam dengn teksi.” Hati amisyar makin berdengup kencang. Amisyar bersiap ala kadar dengan mengenakan jeans lusuh miliknya dan t-shirt kosong berwarna coklat. Ringkas , itulah gaya amisyar dari dulu . amisyar memandang cermin dalam . “harap adam tak kisah aku begini.” Keluh hati amisyar.
“mak ! amisyar keluar dulu ye.”
“pergi mana kamu misyar?”tnya mak amisyar .
“tadi misyar da bagitahu kan . nk pergi mall kt bawah . jumpa kawan tau . pergi dulu mak .” Kata amisyar sambil menyarung selipar jepun kegemarannya . walaupun banyak kasut amisyar di rak kasut tetapi dia lagi selesa mengenakan selipar jepun nya itu .
Amisyar mendapat satu lagi msg dari adam . “ saya da sampai . saya tunggu kamu di bus stop depan mall ye.” Amisyar tersenyum . dari jauh amisyar ternampak kelibat adam . senang untuk amisyar mengecam adam kerana hanya adam seorg di bus stop pada ketika itu . adam mengenakan baju converse berwarna coklat dan jeans biru berserta kasut adidas buruk’y . macam berpakat je pakai baju color sama.
Adam memandang amisyar dari jauh . adam tidak berani untuk senyum kerana adam tidak tahu yang gadis didepan dia sekarang adalah amisyar . kemudian amisyar duduk di sebelah adam dan tersenyum memandang adam. Adam memandang hairan .
 “ siapa perempuan ni?” tnya hati adam .
Amisyar membuka mulut dan mengajak adam ke tempat lain. Adam bangun dan bergerak perlahan . otak’y masih memikirkan tentang gadis di hadapannya ini . 10 minit adam dalam keadaan blur dan kemudian dia sedar . dia tersenyum .
Pertemuan pertama mereka sangat la kelakar . masing² diam tanpa kata . mereka tidak ke mana² kedai makan juga walaupun masing² sedang lapar . sudah bosan mereka berjalan satu mall dan tiada hala tuju di situ dan mereka hanya duduk di kerusi di koridor di satu sudut di plaza shah alam tersebut .
Jam menunujukkan pukul 5.30 . hari pn menunjukkan semakin gelap dan tanda² hendak hujan.  Amisyar memandang adam sayu. Adam terpaksa pulang sebelum hujan turun . perjalanan adam jauh untuk sampai di rumahnya. Adam terpaksa menempuh 20 stesen komuter dan lrt untuk ke shah alam . itu pengorbanan adam untuk berjumpa amisyar. Amisyar menghantar adam sampai ke bus stop . adam naik teksi dan melambai ke arah amisyar . amisyar tersenyum sayu . berat hati berpisah dengan adam. Sekejap sahaja tempoh mereka bertemu . 3 jam tidak cukup untuk mereka berbicara panjang . tapi mereka puas kerana perkenalan mereka selama 8 bulan tanpa pernah bertemu muka akhir’y memberi perkembangan yang baik .
Selepas teksi yang dinaiki adam hilang dari pandangan . handphne amisyar berbunyi. Satu msg diterima dari adam . “ thanx for today amisyar.” Amisyar tersenyum .
Malam itu adam menghubungi amisyar. “tengah buat apa amisyar?” Tanya adam.
“tak buat pape. Online je. Adam dah makan?”
“sudah pn . baru je . emak masak sambal sotong dengan paru. Seeedddaaaaapp!!” kata adam smbil tergelak.
Amisyar tergelak dengan keletah adam. Adam seorang yang pendiam dengan org yang tidak dikenali nya. Tapi dia sangat petah berbicara dengan org yang rapat dengan’y . adam dan amisyar merupakan dua identity yang berbeza tetapi mereka bahagia dan gembira bersama .
“amisyar nak tahu?” Tanya adam .
“ye . apa?” kata amisyar lagi .
“ adam tatau gurl yang nk lintas jalan tu amisyar. Adam dah pandang lama. And adam hati adam kata something.”
“apa ?” tnya amisyar penuh tanda Tanya .
“kan bagus kalau girl tu jadi milik adam.” Kata adam perlahan .
Amisyar diam terkedu . betol ke apa yang dia dengar . adam memanggil amisyar berkali² . amisyar tersedar dan menyahut .
“adam bergurau kan?” Tanya amisyar ragu .
“tak . adam serius dan adam jujur. Sudi kah amisyar sempurnakan hidup adam dan menjadi milik adam seorg?” Kata adam dengan suara yang bergetar.
Amisyar menarik nafas panjang “ bagi amisyar masa. Amisyar takut untuk buat keputusan.”
Adam mengeluh “ ye. Maaf .” kata adam.
Perbualan mereka tergantung begitu sahaja. Amisyar menangis. Dia tahu hati dia mula menyayangi adam sejak mereka mula rapat. Tetapi amisyar takut akan meluka kan hati sendiri dan hati adam juga.berhari – hari adam tidak menghubungi amisyar .  hati amisyar resah. Telefon tidak pernah lepas dari tangannya kerana takut dia tidak sedar adam menghubunginya . amisyar membuat keputusan untuk menghantar msg kepada adam.
“adam , kenapa lama tak contact amisyar? Adam tak suka berkawan dengan amisyar ye?” lama dipandang skrin telefon sebelum amisyar menekan butang hantar.
Amisyar menunggu adam membalas msg . setengah jam berlalu , tiada sebarang msg yang diterima . sejam kemudian amisyar hampir putus asa. Amisyar meletakkan telefon di atas katil biliknya dan bangun untuk ke ruang tamu. Sebelum sempat amisyar melangkah keluar telefon miliknya berbunyi. Satu msg diterima dan amisyar mnekan butang buka . nama adam terpampang dan pantas amisyar membuka msg tersebut.
“maaf lambat amisyar. Tadi adam pergi main bola kt padang. Adam tinggal hp kt rumah. Adam baru balik. Adam tak contact amisyar bukan sbb adam tanak berkawan dengan amisyar. Tp adam segan.”panjang msg adam.
Amisyar membalas “ segan kenapa? Sampai hati adam kn tinggalkan amisyar.”
“segan sebab amisyar tolak lamaran adam hari tu.” Kata adam terus terang .
Amisyar termenung panjang membaca msg dr adam . “tawaran adam hari tu masih di buka untuk amisyar kan ?” amisyar memejam mata sambil menekan butang hantar . hati amisyar berdegup laju.
“maksud amisyar?” pendek msg adam .
“Arghhh !! adam saje buat amisyar geram dan segan .  adam sengaja buat tak paham or mmg tak paham?”
“mmg tak paham.tawaran apa ni ?” Kata adam lagi .
“huh ! tawaran menyempurnakan hidup adam dan menjadi milik adam seorg.” Balas amisyar geram.
lama amisyar tggu adam membalas msg , amisyar semakin resah . adakah adam akan menolak atau tidak akan menerima amisyar lg ? buntu hati amisyar memikirkan nya . “menyesal Tanya tadi. Aduuh !” keluh amisyar .
hp amisyar bebunyi lagi . “ sentiasa terbuka untuk kamu amisyar . hidup adam mmg ta sempurna tanpa amisyar . adam tanak berkongsi amisyar dengan sape² . biar amisyar menjadi milik adam seorg. Amisyar sudi?”
menitis air mata amisyar membaca msg yang diterima dari adam . amisyar membalas pendek. “ sudi sepenuh hati.”
tbe² hp amisyar berbunyi . adam call amisyar . “ btol ke ni syg ?” Tanya adam lg .
amisyar tergelak mendengar adam memanggilnya sayang untuk pertama kali. “ Eh, tak malu panggil org sayang .” gurau amisyar .
“biarlah . memang dia sayang saya pn kn. Saya tanya ni, awak main² kan.” Kata adam serius.
Amisyar diam. “ ye betol. Asalkan awak janji dengan saya tak akan lukakan hati saya.” Kata amisyar .
“janji . saya pegang janji saya sampai bila². Saya tak akan cuba luka kan hati Wan Amisyar Fariha Latiff selagi saya masih hidup ” Kata adam lagi .
“awak da curi hati saya adam. Saya tak nak awak pulangkan pada saya lagi. Biar hati saya pada awak selamanya adam. Saya nak hati saya berada di seblah hati awak.. selamanya .. saya nak buat awak gembira kerana saya gembira bila tengok awak gembira. Saya jatuh cinta pada senyuman awak adam. Saya juga tak akan sempurna tanpa awak dalam hidup saya sejak saya kenal awak Mohd Adam Faish Hamzan.” Kata amisyar panjang . ada air mata yang mengalir pada pipi amisyar. Air mata kegembiraan di mana mereka berdua tahu mereka hidup untuk satu sama lain.

 sekian

P/s: cerita ini dicipta ada kene mngena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia. ha ha ha. cerita ini  direka semata² untuk menghiburkan hati yang lara . kepada tuan asal cerita . terima kasih kerana sudi menceritakan dan memberikan kebenaran kepada saya untuk m'adaptasi kan (betol ke ? selalu novel yg di adaptasikan . sekarang kisah benar di adaptasikan. whateveeeerrr !!) cerita ini di dalam blog saya. klau crita ini diterbitkan saya akan bg komisen kepada kamu ye. ha ha ha . hope boleh kaya . kepada nama² yang terpampang maaf jika terguna nama korg . kebuntuaan idea . hahaha . tempat yang terlibat adalah semua yang saya tahu sahaja. tade kaitan dengan cerita asal. mana la saya tau tempat asal tu macam ne kn . tak dapat ku bayangkan . ha ha ha.cerita ini juga telah di ubah sedikit² bagi mensyokkan lagi cerita ini. tp sedikit je TAU !! cerita ini ada sambungan lagi tp tggu kerja saya habis dulu ye. kerja sangat bnyak tp menghabiskan masa mengadap laptop bodoh yang da 4 kali mati sepanjang saya menaip cerita ini . nasib baik terrecover. to mr.lappy " u'll be format after this semester.siap ko!!" . and tak sabar nak habis diploma untuk dapatkan laptop baru idamaaaan haaaatiku :)